Wednesday, November 9, 2011

kau yang terkorban..

Alhamdulillah..selesai sudah tasking kumpulan Khadeejah yang mana tasking kali ini, kami perlu beraya bersama insan yang sangat istimewa bagi kami..insan ini yang bergelar Warga Emas @ Warga Tua..




Hari Raya Aidil Adha kali ini sangat-sangat bermakna bagi ros, sebab tak pernah dalam hidup ini beraya dengan orang yang sangat asing dalam hidup..biarpun ros katakan mereka asing dari hidup ros..tapi mereka lah yang telah banyak berjasa kepada kita semua..


dapat mengenali warga tua di Rumah Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong merupakan satu pengalaman yang indah..bahkan menyambut Aidiladha bersama-sama mereka..satu kenangan yang takkan ros lupakan..


bukan sekadar itu, ros dapat rasakan arwah atok dan juga nenek ros masih ada bersama ros..almaklumlah, tak sempat nak merasai kasih sayang dari dua orang insan ini yang bergelar atok dan nenek..sedih tau! dua-dua sekali telah pun menyambut panggilan Ilahi ketika ros masih kecil..:'(


baiklah, nak kongsikan sedikit tentang perasaan ros..
perasaan ketika menyambut raya diperantauan memang sedih, ditambah pula dengan bergemanya takbir setelah usai solat maghrib berjemaah pada hari pertama kami semua menapak di Rumah Orang Tua tersebut..sangat meruntun dijiwa lantas airmata ini tak henti-henti keluar..siyes sedih..:'( 


sayu mengenangkan pengorbanan mereka ini tak dihargai..
sekilas terfikir akan nasib kita satu hari nanti tatkala perubahan yang ada di zaman mutakhir kini sangat menggalakkan masyarakatnya malas untuk menguruskan ibu bapa mereka sehinggakan benda yang penting ini dipandang remeh dan dengan cara mudah, mereka menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua..


wal a'yazubillah..semoga kita tidak menjadi seperti mereka yang zalim hatta sanggup menempatkan ibu bapa mereka di rumah orang-orang tua..


tidakkah ada rasa belas dan kasihan  terhadap mereka yang telah melahirkan, menyusu, menjaga dan mendidik kita sehingga dewasa???
betapa beratnya mata ini memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul...


bersama pengasas Rumah Orang Tua Al-Ikhlas, Puan Muji..


ros sangat terharu dengan pengorbanan Puan Muji, selaku seorang pengasas Rumah Orang Tua Al-Ikhlas itu..betapa mulianya pengorbanan yang telah beliau lakukan..walaupun ketika diuji allah dengan sakit (breast cancer) yang pernah dialaminya sebelum ini, akan tetapi dengan berkat kesabaran..beliau berjaya menjaga kesemua 50 orang-orang tua ini dengan penjagaan yang baik sekali..


sikap seperti beliau inilah yang perlu kita puji dan contohi..
kagum dengan kesungguhan beliau menjaga kesemua pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik serta tidak kurang juga menjaga atok-atok dan nenek-nenek dengan baik.. 


beliau yang mesra dengan panggilan "mak" sangat tegas orangnya..ketegasannya itu adalah untuk kebaikan semua orang disekeliling yang dijaganya..
melihatkan ketabahan beliau, terdetik didalam hati ini untuk mencontohi beliau suatu hari nanti..


jika diizinkan Allah SWT..mahu saja kaki ini kembali berbakti kepada semua warga emas yang berada disana..insyaAllah, satu hari itu nanti akan tiba jua..dan yang pastiya, Allah tidak akan sia-siakan permintaan ataupun doa yang baik dri hambaNYA..






buat anak-anak diluar sana, ingatlah..sebagai anak, janganlah sesekali kita mengabaikan tanggungjawab kita terhadap ibu bapa..sesungguhnya pengorbanan mereka selama ini tidak terbalas dengan kata-kata bahkan dengan wang ringgit yang kita berikan kepada mereka..jasa mereka terhadap kita semua begitu besar sekali dan beringatlah semua bahawa, kita adalah cerminan bagi anak-anak kita pada masa akan datang..mereka ini hanya inginkan perhatian dan kasih sayang dari kita..dan tunjukkanlah kasih sayang yang sewajarnya kepada agar mereka tidak merasakan sunyi.. 
jangan sesekali kita abaikan mereka kerana takut kelak KAU YANG TERKORBAN!
من لا يَرحم لا يُرحم


sesiapa yang tidak mengasihi maka dia tidak akan dikasihi..


jadi, berkasih sayanglah antara kita semua tanpa mengira umur, pangkat,harta dan sebagainya..


moga amalan baik kita diterima Allah dan ingin sekali ros menyeru kepada semua, andai ada sifat PRIHATIN dalam diri anda..hulurkan lah sedikit bantuan berupa makanan ataupun pakaian buat mereka yang memerlukan..


akhir kata, hanya Allah yang mampu membalas segala amalan baik kalian..
insyaAllah, Allah sentiasa sayang kepada sesiapa sahaja yang berbuat baik sesama manusia..ganjaran Allah itu pasti ada buat mereka yang berbuat baik walaupun sebesar zarah..


p/s: kullu ma'ruf sodaqoh = setiap perkara baik itu adalah sedekah..:) senangnya nak buat sedekah pada zaman sekarang ni, hanya dengan berbuat baik semata kita dah pun dapat pahal sedekah..jadi, renung3kan dan selamat beramal!;)






wallahu a'lammm:)