Saturday, October 1, 2011

Kisah sahabat-sahabat Solehah..



dalam kelembutan ade kedegilan..heee:D yang degil tu cume ros je..:)
baiklah..
jika kita singkap kembali zaman Rasulullah dahulu pown, srikandi-srikandi islam terdahulu juga degil.degil disini bukanlah bererti keras kepala, akan tetapi degil disini bermaksud cekalnya hati mereka dalam menegakkan agama Allah..
tetap teguh dalam melayari kehidupan sebagai pejuang wanita islam..srikandi-srikandi seperti Sumayyah, Khadijah, Aisyah adalah diantara srikandi-srikandi islam yang berdiri disebalik kejayaan seorang lelaki bernama Rasulullah SAW..

nak ceritakan kat sini, alhamdulillah hari ini diberikan kelapangan untuk berehat..dan kami semua mengisi kelapangan yang diberikan ini dengan beriadah ke Plaza Alam Sentral Shah Alam, dan kemudian ros dan Solehah Tuan Nor Shazni Tuan Muda menghabiskan masa ke Kompleks PKNS Shah Alam..
kami membeli beberapa buah buku sebagai rujukan..
dan ros pulak membeli beberapa bahan ilmiyyah untuk dibaca..insyaAllah, masih banyak ilmu Allah yang perlu ros pelajari dan semakin kita berilmu semakin kita jahil sebenarnya..kerana ilmu Allah itu diibaratkan seperti lautan yang amat luas..sekali ditimba, takkan habis air di lautan..;)

semalam merupakan pengalaman untuk menjawab soalan kali pertama yang bagi ros, ros rasekan tidak berjaya dan tidak berapa menjawab, akan tetapi dengan izin Allah...walaupown masih memikirkan tentang kekurangan akan isi atau intipati jawapan tersebut...ros cuba untuk menenangkan diri agar tidak lagi membuat kesilapan berulang-ulang kali di masa akan datang insyaAllah..:)

buat Solehah Renny Johnnuin, tahniah kerana anda seorang yang sangat kuat dan tabah dalam melayari hari-hari di dalam kem SOLEHAH ini..
beliau yang ros kenal adalah seorang isteri yang benar-benar taat akan suaminya, walau didalam keadaan yang sarat mengandung..tetapi belaiu berjaya menghadapi tasking yang pertama dengan baik sekali..tahniah buat reen...:)

dan sesungguhnya, tiada yang lebih bernilai, selain dari persahabatan yang ros dapat didalam kem SOLEHAH ini..syukur dan terus memanjatkan kesyukuran kehadrat allah yang maha esa, atas kurnianya dan rahmatnya inilah ros dapat mengenali semua adik-adik solehah yang lain...

Solehah Adibah: seorang yang kuat dan sentiasa bersemangat! ^^,
Solehah Nurul: seorang yang sangat lemah lembut dan sangat berketerampilan dan bila bercakap seperti seorang pengacara Nona..:P
Solehah Reen: bunda yang sangat tabah mengharungi liku-liku hidup dalam Kem Solehah..;)
Solehah Wan: Ketua Kawad yang sangat tegas tapi dalam hati ada taman woooo:P dan dalam kekerasan beliau ade kelembutan yang tersembunyi..:)
Solehah Mariyam: teguh pendiriannya dan beliau seorang yang sangat berkepimpinan..:)
Solehah Shazni: petah berkata-kata dan pandai menyampaikan hadis dan ayat Al-Quran dan belaiu juga seorang yang sangat manja..:)
Solehah Amie Sofea: kecil tapi berjiwa kental!;)
Solehah Wan Suhaili: seorang yang sangat suke menundukkan kepalanya..ilmunya terpahat penuh didada..segala yang diungkapkan jelas dari hati yang murni..:)
Solehah Sarah: sentiasa senyum dengan apa jua yang beliau lakukan..senyuman yang datang dari hati yang ikhlas memancarkan dan menyerikan lagi wajah beliau..tauke biskut raya ni..nak tempah leh btau ros!;)

merekalah yang membuatkan ros lebih bersemangat dalam kem ni..tanpa mereka, siapalah ros..dan alhamdulillah nikmat sahabat yang telah Allah kurniakan ini akan ros manfaati dengan baik..insyaAllah moga tujuan yang baik dibalas dengan yang baik dan yang pasti segala kebaikan itu jangan sesekali minta dibalas oleh manusia dengan ganjaran, akan tetapi memintalah balasan yang sewajarnya pada Allah, mengadu padaNya dan sesungguhnya hanya DIA yang memberikan segala yang kita hajatkan dan inginkan..:)

Allah tidak memberi apa yang kita hendak, tapi Allah berikan kepada kita apa yang kita PERLU!;)

sekadar ini dahulu perkongsian dari ros, moga ukhuwwah dan mahabbah ini akan terjalin sehingga bila-bila..amin ya ALLAH..:)

5 comments:

  1. seronok kan..timba pengalaman baru, kwn baru...dunia baru!

    ReplyDelete
  2. yup kakak~ thanks kerana sentiasa bagi support kat ros~ :')

    ReplyDelete
  3. semoga diberi lebih keyakinan & semangat untuk meneruskan semuanya... insyaAllah hari-hari yang mendatang akan lebih baik!!!

    support u dear~ ^_^

    ReplyDelete
  4. seronoknya roros, satu pengalaman yang baru...semoga usaha murni roros dan kengkawan semua tercapai targetnya...

    ReplyDelete

Terima Kasih!