Saturday, October 1, 2011

inilah permulaanya..

betapa kerdilnya diri ini..
lebih-lebih lagi berada dan berdepan dengan 9 Finalis yang hebat-hebat dan sangat tinggi ilmunya..
rase rendah diri sebab tak sebaik mereka yang lain..
yang pandai mengawal diri dalam apa jua keadaan sekalipown..
terlalu banyak perkongsian yang sebelum ini yang mahu dikongsikan..
pengalaman menaiki Tjet yang ditaja khas oleh Dato' Taufik..
pengalaman ketika berada di Kg.Chalil bagi menyiapkan tugasan yang diberikan menyuntik semangat untuk teruskan kerja dakwah..
agak mencabar pabila hari demi hari kian tiba untuk LIVE..
sangat nervous hari ini kerana LOST..
ya Allah..
segala-galanya kembali pada Allah..
dy yang menciptakan sesuatu itu bertujuan..
dan sesungguhnya masih banyak lagi ilmu Allah yang perlu diterokai..
apa yang penting adalah ikhlaskan diri untuk menerima segalanya dan sentiasa berlapang dada untuk terima apa sahaja teguran yang bakal tiba nanti..
yang pasti segala kritikan perlu diambil dan dianggap sebagai satu yang membina semangat untuk terus berfikir secara rasional..

permulaan inilah yang banyak mengajar erti perubahan, gagal sekali tidak bererti gagal untuk selamanya..
melihatkan ketabahan dan kekuatan semangat yang Allah berikan kepada kawan-kawan yang lain..
membuatkan ros mendapat tempias dari mereka dan terima dengan redha ape yang telah berlaku pada hari ini..

moga pengalaman ini mengajar ros supaya buat yang lebih baik dan terbaik dari segi isi dan penyampaian..
cube untuk berada diatas stage dengan lebih tenang..
teringat akan soalan rehearsal yang ditujukan oleh abg Yusof, katanya adakah ada rse putus asa dipenghujung jalan dakwah..

apa yang aku jawab adalah sudah semestinya tidak sama sekali..mengapa tidak lantang dan mengapa tiba-tiba rase aku sedang berkhayal..
ya Allah..muhasabah diri ini sesungguhnya adalah untuk melihat kekurangan diri dan untuk mengubah kepada yang lebih baik, insyaAllah dengan berkat bantuan dari kawan-kawan yang lebih kuat dan hebat..insyaAllah..
ukhuwwah yang bakal tercipta ini tidak akan sesekali aku persiakan..
mengambil iktibar dengan apa yang berlaku merupakan jalan yang terbaik untuk terus memajukan diri yang serba kekurangan ini..

semoga pengalaman hari ini akan membuatkan kami lebih kuat dan tabah..
amin..

5 comments:

  1. smlm akak tak tengokla ros...
    apa pun, baguslah ros tak putus asa!

    ReplyDelete
  2. kak uji: ros LOST sgt kak semalam..huuuu..:'(

    ReplyDelete
  3. petah berkata-kata dan pandai menyampaikan hadis dan ayat Al-Quran dan belaiu juga seorang yang sangat manja..:)---haippp...nape ade manje tu? heee...papepon..bg noni..SOLEHAH ros seorang yg sgt cekal...berlapang dada..dan sentiasa sarat dengan keinginan untuk mengislahkan diri..calon musleh n murabbi yg cerlang! syg akak!

    ReplyDelete

Terima Kasih!